Topic followed successfully
Go to BHkuPelanggan lega khidmat tidak terganggu walau penyedia elektrik keluar dari pasaran
Pelanggan lega khidmat tidak terganggu walau penyedia elektrik keluar dari pasaran
Pelanggan lega khidmat tidak terganggu walau penyedia elektrik keluar dari pasaran
PARA pengguna menghembuskan nafas lega dengan jaminan pihak berkuasa bahawa bekalan elektrik mereka tidak akan terganggu meskipun peruncit elektrik terpaksa menggantung perkhidmatan mereka.
Jaminan tersebut, yang diberi menyusuli keputusan dua peruncit bebas, iSwitch dan Ohm Energy, mengundurkan diri dari pasaran elektrik terbuka dapat memberi ketenangan kepada pengguna seperti Encik Safaruan Hashim.
Meskipun tidak menggunakan khidmat peruncit yang terjejas, guru berusia 56 tahun itu, berkata jaminan dari Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) memberi ketenangan fikiran bagi beliau, yang menggunakan khidmat peruncit, Senoko Energy.
"Saya agak lega kerana syarikat yang terlibat bukan syarikat yang saya gunakan. Jadi jaminan daripada pihak berkuasa ini baik untuk tenangkan fikiran pengguna seperti saya dan keluarga," ujar beliau.
iSwitch merupakan peruncit pertama yang mengumumkan keputusannya meninggalkan pasaran eletrik terbuka sebelum Ohm Energy mengumumkan perkara yang sama selang tiga hari kemudian.
Kededua syarikat menukil sebab pasaran tidak menentu dan pelan harga yang tidak bertahan sebagai sebab keputusan mereka itu.
Dipercayai sekurang-kurangnya dua lagi peruncit dijangka mengumumkan langkah yang sama dalam hari-hari mendatang.
EMA dalam kenyataannya kelmarin menjelaskan bahawa penyedia elektrik yang ingin mengundurkan diri harus mendekati penyedia elektrik lain untuk mengalihkan pelanggan mereka di bawah kontrak yang sama.
Sekiranya mereka tidak dapat melakukan demikian, pelanggan mereka akan dipindahkan ke SP Group.
Tambah EMA, pelanggan yang terjejas kemudian juga mempunyai pilihan untuk menerima pemindahan, atau beralih ke penyedia elektrik pilihan mereka yang lain.
Mengulas lebih lanjut, Encik Safaruan, berkata pilihan bagi pelanggan masih merupakan pendekatan yang baik.
"Dengan memberi pilihan kepada pelanggan, kepentingan kami dapat dilindungi. Kita masih dapat memilih syarikat yang paling sesuai dan menawarkan faedah yang terbaik," katanya, yang telah menggunakan penyedia Senoko Energy sejak 2019.
Walaupun bil elektriknya meningkat sebanyak $20 sejak kebelakangan ini disebabkan kenaikan kos elektrik secara am, serta lebih masa diluang di rumah akibat bekerja di rumah, Encik Safaruan berkata beliau akan terus menggunakan khidmat Senoko Energy.
"Peningkatan ini bukan hanya menjejaskan satu penyedia sahaja. Semua penyedia elektrik terjejas.
"Saya rasa yang penting adalah bagi penyedia elektrik memberikan harga yang kompetitif atau tawaran yang menarik," katanya.
Mengongsi pendapat yang sama, seorang lagi pengguna, Encik Muhammad Khairuddin Kang, 70 tahun, yang kini menggunakan khidmat penyedia Union Power, berkata pasaran terbuka memberinya pilihan untuk meninjau kontrak pelan yang menawarkan tawaran yang terbaik.
"Buat sementara ini, saya hanya mengambil kontrak untuk satu tahun.
"Tetapi sekiranya pada pertengahan tempoh kontrak itu penyedia elektrik saya memilih untuk menarik diri daripada pasaran, saya akan terus meninjau apa yang ditawarkan syarikat yang lain berbanding dari terus beralih ke SP Group," jelas Encik Khairuddin, seorang pesara.
"Peningkatan ini bukan hanya menjejaskan satu penyedia sahaja. Semua penyedia elektrik terjejas.
Saya rasa yang penting adalah bagi penyedia elektrik memberikan harga yang kompetitif atau tawaran yang menarik." - Encik Safaruan Hashim.

