Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelantikan baru setiausaha tetap berkuat kuasa 4 Okt

Sep 3, 2021 | 5:30 AM
ENCIK CHNG KAI FONG
ENCIK CHNG KAI FONG -

DIVISYEN Perkhidmatan Awam (PSD) semalam mengumumkan beberapa pelantikan baru setiausaha tetap yang berkuat kuasa 4 Oktober.

Encik Chng Kai Fong, Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua bagi Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG).

Beliau, 42 tahun, sebelum ini menyandang jawatan di beberapa kementerian serta institusi perkhidmatan awam.

Pada 2014, Encik Chng dilantik sebagai Setiausaha Peribadi Utama kepada Perdana Menteri. Beliau juga pernah berkhidmat selama dua tahun di Shell Eastern Petroleum.

Selain beliau, Timbalan Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pembangunan Negara, Cik Lim Wan Yong, yang juga Timbalan Setiausaha (Penyelarasan Keselamatan) di Pejabat Perdana Menteri (PMO), akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pendidikan).

Cik Lim, 44 tahun, pernah berkhidmat sebagai Penolong Khas mantan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

Cik Teoh Zsin Woon, 47 tahun, yang kini menyandang jawatan Timbalan Setiausaha (Transformasi) di PSD, akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pembangunan Negara) dan pada masa sama dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua PSD.

Sementara itu, Cik Lai Wei Lin akan melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pendidikan) namun kekal sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang) mulai 4 Oktober.

Beliau, 45 tahun, pada masa sama akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Kewangan) mulai 1 Januari tahun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg