Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelantikan kepimpinan baru dalam Iras, NParks

Sep 29, 2023 | 6:21 PM
AHLI LEMBAGA BERPENGALAMAN: Cik Woo Li Fen, anggota lembaga Iras baru, memainkan peranan dan memegang jawatan penting dalam KPMG China. Beliau juga merupakan bekas Pengurus Kanan Arthur Andersen New York.
AHLI LEMBAGA BERPENGALAMAN: Cik Woo Li Fen, anggota lembaga Iras baru, memainkan peranan dan memegang jawatan penting dalam KPMG China. Beliau juga merupakan bekas Pengurus Kanan Arthur Andersen New York. - Foto MOF

Dua pelantikan kepimpinan bagi dua agensi pemerintah diumumkan pada Jumaat.

Menteri Kewangan telah melantik Cik Woo Li Fern ke Lembaga Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) berkuat kuasa 1 Oktober 2023, manakala penjawat awam veteran, Encik Loh Khum Yean, mengambil alih jawatan Pengerusi Lembaga Taman Negara (NParks).

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan, berkata Cik Woo ialah bekas Rakan Perunding KPMG, sebuah firma perkhidmatan profesional dan berpengalaman.

Beliau menyertai KPMG China pada 2004 dan seterusnya memegang jawatan Rakan Kongsi Audit (2005), Rakan Kongsi Perundingan Risiko (2012) dan pernah dilantik sebagai Ketua Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan Kebangsaan (2015) dan Ketua Sektor Sains Hayat (2018).

Encik Loh pula akan turut memulakan tugas barunya berkuat kuasa 1 Oktober, menurut NParks dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam kenyataan media pada Jumaat.

Setelah menyandang pelbagai jawatan dalam MOF, Kementerian Penerangan dan Perhubungan (MCI), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) selama 33 tahun, beliau akan menggantikan Encik Benny Lim, yang akan melepaskan jawatannya di NParks pada 30 September.

Encik Lim telah berkhidmat sebagai pengerusi NParks sejak 2018 dan menerajui pembangunan strategik dan organisasinya sepanjang tempoh itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg