SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelawak Samad Ayob meninggal dunia

Pelawak Samad Ayob meninggal dunia

Mar 25, 2021 | 10:34 PM

Pelawak Samad Ayob meninggal dunia

Samad Ayob (paling kiri) menerima sumbangan derma daripada rakan artis Husin Saaban (tengah) dan Alias Kadir (kanan) setelah menjalani pembedahan jantung pada 2015. Allahyarham dikatakan uzur kebelakangan ini sebelum akhir hayatnya. - Foto LIFE RECORD
Samad Ayob (paling kiri) menerima sumbangan derma daripada rakan artis Husin Saaban (tengah) dan Alias Kadir (kanan) setelah menjalani pembedahan jantung pada 2015. Allahyarham dikatakan uzur kebelakangan ini sebelum akhir hayatnya. - Foto LIFE RECORD -

PELAWAK Singapura yang terkenal pada tahun-tahun '80-an hingga '90-an, Samad Ayob, telah kembali ke Rahmatullah petang tadi (25 Mac).

Balu Allahyarham, Cik Salbiah Mohd Noor berkata suaminya itu meninggal dunia pada 5.51 petang di rumah.

Sebelum ini, beliau berada di Hospital Masyarakat Outram selama sebulan, namun pulang ke rumah sejak hampir tiga minggu lalu.

Allahyarham berusia 73 tahun dan meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Dikenali menerusi rancangan Jenakarama pada akhir '70-an, beliau kemudian muncul dalam hampir kebanyakan rancangan hiburan mingguan. Bahkan beliau pernah diberi watak "Suparmad" dalam rancangan kanak-kanak Aksi Mat Yoyo.

Beliau dianggap pelawak legenda selepas era Allahyarham S. Samsudin dan Wahid Satay.

Berita Harian pernah melaporkan pada 2015 bahawa beliau difahamkan telah menjalani pembedahan berkaitan jantung.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg