PELAWAK Singapura Zainal Ihim telah meninggal dunia pada Isnin (18 Jan), setelah dirawat di unit jagaan rapi (ICU) sejak tiga minggu lalu. Adiknya, Encik Zaini Ihim, mengumumkan khabar sedih itu dalam satu pesanan yang disebarkan oleh kenalan di Facebook. "Abang saya, Zainal Bin Ihim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang sebentar tadi," katanya dalam pesanan itu. Allahyarham, 62 tahun, dimasukkan ke hospital pada pertengahan bulan lalu setelah mengadu sesak nafas.

Allahyarham kemudian disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Selain menjadi pelawak, Allahyarham pernah bekerja di firma guaman dan insurans.