Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelbagai aktiviti amali dalam bahasa ibunda di Karnival Dwibahasa

Apr 4, 2023 | 5:30 AM
AKTIVITI MENARIK: Cik Astuty Ismail menggunakan sebuah robot mainan, 'Bee-Bot' untuk memupuk minat anak muridnya dalam Bahasa Melayu. - Foto ST
AKTIVITI MENARIK: Cik Astuty Ismail menggunakan sebuah robot mainan, 'Bee-Bot' untuk memupuk minat anak muridnya dalam Bahasa Melayu. - Foto ST -

PELBAGAI aktiviti-aktiviti menarik dan kreatif harus dirancangkan oleh para guru di peringkat prasekolah untuk memupuk minat para murid dalam bahasa ibunda.

Bagi Cik Astuty Ismail, 33 tahun, Guru Kanan di Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots cawangan Kampong Chai Chee, beliau akur bahawa kanak-kanak pada zaman sekarang mempunyai cara pembelajaran yang berlainan daripada dahulu.

"Kanak-kanak kecil perlu belajar melalui pengalaman yang berbentuk 'hands-on' dengan menggunakan deria sentuhan dan juga penglihatan. Mereka juga perlu gemar berinteraksi bersama rakan-rakan mereka," kata beliau yang menggunakan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti kegiatan pengaturcaraan robot mainan.

Semasa Berita Harian (BH) melawat kelasnya, murid-muridnya kelihatan gembira dan ceria sambil menunggu giliran untuk menggunakan sebuah robot mainan, 'Bee-Bot' yang berbentuk seperti labah-labah.

Robot itu bergerak mengikuti arahan yang diberi melalui tekanan butang-butang di badannya untuk merentasi empat arah.

Ia digunakan di atas peta yang mempunyai grid dan beberapa gambar berdasarkan tema pembelajaran.

Dalam aktiviti itu, kanak-kanak harus memberikan arahan supaya ia bergerak merentasi grid untuk ke gambar yang dituju oleh mereka.

Apabila mereka sudah berjaya, Cik Astuty akan menanyakan soalan mengenai gambar itu dan kanak-kanak akan memberikan pendapat mereka serta berkongsi pengalaman mereka.

Menurut Cik Astuty, kegiatan ini menggalakkan kanak-kanak untuk meluaskan kosa kata, mengenali arah dan meningkatkan kebolehan mengira mereka.

Kanak-kanak juga akan mempelajari lebih banyak tentang gambar-gambar di atas peta itu berdasarkan tema seperti makanan kumpulan etnik yang berbeza.

Ia juga memberikan Cik Astuty pilihan untuk menyesuaikan aktiviti itu mengikuti kemahiran yang berbeza serta keperluan para muridnya.

Beliau menambah bahawa 'Bee-Bot' itu memperkenalkan kanak-kanak kepada reka bentuk dan teknologi serta membantu meningkatkan kemahiran berfikir.

"Melalui aktiviti ini, ia menggalakkan kanak-kanak untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dan di samping itu, membangunkan pemahaman yang lebih mendalam tentang tema yang dipelajari mereka.

"Ini adalah salah satu cara kanak-kanak boleh belajar sambil berseronok kerana para guru tidak sahaja berada di hadapan kelas untuk mengajar, dan kanak-kanak tidak hanya duduk mendengar," kata beliau.

Cik Astuty juga menyatakan bahawa ia membolehkan lebih banyak pembelajaran secara langsung kerana mereka melibatkan diri dalam proses pembelajaran itu.

Cik Astuty adalah antara 36 guru daripada 12 pusat PCF yang akan berkongsi dengan ibu bapa cara menggalakkan anak mereka mempelajari bahasa ibunda, melalui aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di karnival dwibahasa pada April nanti.

Karnival dwibahasa yang bertema 'Seronok Berdwibawasa' itu akan dianjurkan oleh SPH Media pada 8 April ini, menyasarkan dapat menarik 2,000 hingga 3,000 hadirin.

Aktiviti-aktiviti amali atau 'hands-on' untuk kanak-kanak prasekolah akan dijalankan dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil, serta beberapa persembahan dan filem pendek akan ditayangkan.

Karnival yang akan berlangsung di One Punggol itu disokong oleh Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) dan bertujuan untuk menggalakkan para ibu bapa dan anak-anak mereka untuk menguasai bahasa ibunda melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

SERONOK BERDWIBAHASA DI KARNIVAL DWIBAHASA

Tarikh: 8 April 2023

Masa: 9.30 pagi - 4.00 petang

Tempat: One Punggol, Celebration Square

Sorotan Acara

10 pagi: Pelancaran Karnival, Tetamu Terhormat, Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat

10.30 pagi & 2.30 petang: Persembahan oleh murid-murid PCF

2 petang: Persembahan 'Apakah Dalam Kotak Merah Itu?'

3 petang: Perbincangan Panel "Menggalakkan Penggunaan Bahasa Ibunda di Rumah" bersama ahli panel termasuk Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamed Maliki Osman

Pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak seperti coding, meneroka alam semula jadi, budaya Singapura, seni & kraf. Sertai aktiviti untuk mendapatkan hadiah!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg