SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelbagai cara bayar zakat di dalam talian

Pelbagai cara bayar zakat di dalam talian

May 1, 2020 | 8:52 PM

Pelbagai cara bayar zakat di dalam talian

d96bb769-7227-474a-8e3a-384e7e47cd53
-

MASYARAKAT Islam Singapura boleh membayar zakat menerusi pelbagai cara kini, termasuk di dalam talian. Singapura kini dalam pelaksanaan langkah pemutus rantaian jangkitan bagi membendung penularan Covid-19 dan orang ramai, khususnya warga emas, dinasihatkan supaya jangan keluar rumah. Dalam tempoh ini juga, semua masjid - yang merupakan wadah utama bagi masyarakat Islam menunaikan zakat - perlu ditutup, sekali gus memerlukan bayaran zakat dilakukan secara elektronik termasuk menerusi dalam talian. Menerusi laman Instagram beliau hari ini (1 Mei), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata masyarakat boleh membayar zakat menerusi laman web zakat.sg. Tambahnya, masyarakat juga boleh memberi sumbangan kepada badan yang berdaftar seperti Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) kerana pembahagian wang telus dan bertulis. "Periksa sebelum memberi sumbangan melalui individu yang tidak berdaftar - jangan gigit jari nanti," ujar Encik Masagos.
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg