Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelepasan imigresen automatik bagi famili, pengguna kerusi roda di Changi

Dec 17, 2022 | 5:30 AM
Shawal (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan Singapura menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar pada malam Sabtu ini. - Foto FAS
Shawal (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan Singapura menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar pada malam Sabtu ini. - Foto FAS -

PENGUASA Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) telah memperkenal laluan automatik baru - Laluan Bantuan Khas Automatik (SAL) - di dewan penumpang terpilih di Lapangan Terbang Changi.

SAL membolehkan pelancong berkerusi roda dan kumpulan keluarga hingga empat orang (contohnya ibu bapa yang mempunyai anak kecil) menikmati kemudahan pelepasan imigresen automatik.

Ini sebagai sebahagian daripada Konsep Pelepasan Baru (NCC) ICA bagi menjadikan pelepasan imigresen secara automatik satu kebiasaan di pusat pemeriksaan.

Singapura negara pertama di dunia yang memperkenal laluan automatik yang membolehkan lebih daripada seorang pelancong melakukan pelepasan imigresen sebagai sebuah kumpulan.

Sebelum ini, pelancong yang menggunakan kerusi roda dan kumpulan keluarga perlu pergi ke kaunter manual untuk pelepasan imigresen.

Dengan SAL, pelancong kini boleh menggunakan laluan automatik dan melakukan pelepasan imigresen sendiri dengan pengenalan biometrik yang menggunakan imbasan iris dan wajah.

Ketua pejabat konsep pelepasan baru ICA, Superintenden Tan Kah Wee, berkata: "SAL adalah inisiatif baru yang membolehkan pelancong yang memerlukan kerusi roda dan kumpulan keluarga untuk turut menikmati kemudahan pelepasan yang lancar menggunakan lorong automatik.

"ICA kini berada satu langkah lebih dekat untuk melaksana NCC, di mana pelepasan automatik akan menjadi kebiasaan."

Pegawai ICA akan bersedia untuk membantu pelancong memerlukan bantuan semasa menggunakan SAL.

Buat masa ini, SAL disediakan bagi penduduk Singapura (warga Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas jangka panjang). Ia akan diluaskan kepada pelawat asing yang layak mulai Mac depan.

Bagi memastikan SAL direka dengan baik bagi memenuhi keperluan pelancong yang menggunakan kerusi roda serta kumpulan keluarga, ICA bekerjasama dengan Agensi Sains dan Teknologi Pasukan Home Team (HTX) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) untuk mengendalikan bengkel reka pemikiran dan simulasi realiti maya.

Sesi fizikal juga dijalankan bersama individu yang mempunyai kekurangan upaya mobiliti untuk mengenal pasti cabaran yang mungkin dihadapi oleh pelancong apabila menggunakan SAL.

Maklum balas daripada sesi tersebut diambil kira dalam reka bentuk akhir SAL bagi memastikan ia mesra pengguna dan intuitif bagi pelancong.

ICA akan terus memperbaiki SAL dan pengalaman pengguna berdasarkan maklum balas pelancong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg