SEBANYAK 10,000 kabinet defibrilator luaran automatik (AED) di serata Singapura akan dilengkapi dengan pelitup muka dan sanitiser tangan bagi membolehkan orang ramai memberi bantuan kecemasan dengan selamat semasa pandemik Covid-19.
Inisiatif itu dilancarkan Yayasan Jantung Singapura (SHF) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) semalam untuk melindungi Penindak Pertama Masyarakat (CFR) apabila mereka menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan jantung menggunakan AED.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg