Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelitup tidak lagi diperlukan dalam pengangkutan awam mulai 13 Feb, S'pura beralih ke Dorscon 'hijau'

Feb 9, 2023 | 12:05 PM
WAKTU SIBUK: Penumpang dalam MRT. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
WAKTU SIBUK: Penumpang dalam MRT. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

Singapura, mulai Isnin (13 Februari) ini, akan menurunkan tahap risiko penularan Covid-19 ke paras 'Hijau' di bawah Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 9 Februari.

Ini bermakna Singapura akan melonggarkan langkah pengurusan selamat yang masih ada, ujarnya semasa satu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 di Pusat Akhbar Nasional di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Hill Street.

Penggunaan pelitup di dalam pengangkutan awam dan kemudahan penjagaan kesihatan tidak lagi diperlukan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengekalkan amalan penggunaan pelitup untuk pelawat, kakitangan dan pesakit dalam kemudahan penjagaan kesihatan, di mana terdapat interaksi dengan pesakit dan di kawasan tertutup yang menghadap pesakit.

Tambahan pula, penggunaan TraceTogether (TT) dan SafeEntry (SE) juga akan diberhentikan.

MOH tidak lagi memerlukan orang yang dijangkiti untuk menyerahkan data TT, dan data SE tidak lagi dikumpul.

Oleh itu, MOH telah memadam semua data TT dan SE yang boleh dikenal pasti daripada pangkalan datanya. Namun data TT yang berhubungan sebuah kes pembunuhan pda Mei 2020 akan disimpan.

Encik Wong, yang juga pengerusi bersama MTF, berkata walaupun langkah Covid-19 telah dilonggarkan lagi, ancaman Covid-19 belum hilang sepenuhnya.

Beliau berkata Singapura akan terus berhati-hati terhadap situasi Covid-19 yang berkembang dan akan bersedia dari segi mental untuk bertindak balas sewajarnya jika keadaan berubah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg