Pelopor seni dikir barat, Zaidy Nandir meninggal dunia akibat barah
Premium
Pelopor seni dikir barat, Zaidy Nandir meninggal dunia akibat barah
Jul 29, 2018 | 5:30 AM
BERPULANG: Pelopor seni dikir barat di Singapura yang juga guru Bahasa Melayu, Encik Zaidy Nandir, juga penggubah dan penulis lirik lagu popular Cenderawasih. Beliau meninggal dunia semalam akibat barah. - Foto ihsan DZAINON NANDIR -
PELOPOR seni dikir barat di Singapura yang juga guru Bahasa Melayu, Encik Zaidy Nandir, meninggal dunia semalam akibat barah.
Encik Zaidy, 45 tahun, meninggal dunia di rumah keluarganya di Pasir Ris Street 13, selepas menghidap barah tahap ketiga di bahagian peparu yang kemudian merebak ke tulang belakangnya.

