Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeluang anggota program NTUC raih lebih banyak ganjaran
Peluang anggota program NTUC raih lebih banyak ganjaran
AHLI program ganjaran NTUC tidak lama lagi boleh memperoleh lebih banyak ganjaran di pelbagai peruncit yang lebih luas, termasuk kedai makanan dan minuman (F&B).
Dalam satu kenyataannya, NTUC Link berkata bahawa ganjaran yang diperoleh melalui pembelian F&B sangat popular dalam kalangan 2.4 juta ahlinya.
Program ganjaran itu telah berkembang, termasuk pertukaran nama, daripada Plus! Rewards Program kepada Link Rewards Programme.
Perubahan itu dapat dilihat di saluran digital, laman web dan akan turut dilancarkan di ruang fizikal.
"Ini adalah sebahagian daripada perubahan terkini oleh program ganjaran mantap yang telah bermula Ogos lalu dengan mata wang "Linkpoints" di lebih banyak saluran seperti FairPrice dalam talian dan aplikasi FairPrice.
"Penjenamaan semula itu adalah sebahagian daripada komitment menyediakan pengalaman "Sentiasa Menghargai" ahli kami dan untuk menawarkan ahli dengan pilihan lebih luas dan faedah yang lebih besar," kata NTUC.
Ketua Pegawai Pemasaran Pelanggan, Kumpulan FairPrice dan juga Pengarah Pengurusan NTUC Link berkata:
"Plus! Rewards Programme direka untuk membantu rakyat Singapura meluaskan perbelanjaan harian mereka dan kami bangga kerana dapat menjadikan kehidupan seharian lebih baik kepada semua ahli kami.
"Dengan program baru ini, kami akan terus memberikan yang terbaik kepada ahli kami, untuk mempelbagaikan tawaran dan ganjaran selain barangan runcit."
Linkpoints kini boleh ditebus ganjarannya dengan lebih mudah menerusi rakan kongsi seperti Income, KrisFlyer, Lenskart, Kappa dan juga laman web Decathlon dan Zalora.
NTUC Link akan terus kekal relevan dengan keperluan ahli, hasil kerjasama bakal rakan kongsi organisasi untuk menyediakan rangkaian tawaran sepadu yang lebih luas.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman link.sg/rewarding.