Peluang berinteraksi, disiplin antara sebab anak dihantar ke pusat jagaan
Semakin ramai ibu kini menyahut seruan negara agar kembali bekerja. Justeru pusat jagaan kanak-kanak menjadi pilihan utama ibu bapa bagi memastikan kebajikan dan urusan akademik anak mereka dijaga dan dipantau semasa mereka keluar bekerja. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) meninjau apakah kesannya terhadap pusat jagaan kanak-kanak Melayu/Islam khususnya dan tekanan yang dihadapi para guru dalam memenuhi kehendak para ibu bapa masa kini.
Sep 27, 2016 | 5:30 AM
Foto SHAKIR SAIFUDDIN -
ULANG-ALIK KE SEKOLAH: Cik Nur Diyana Taha menghantar anak sulungnya, Haifa Daniya Mohammad Haarifan, sekitar 9 pagi dan mengambilnya pulang sekitar 6.30 petang setiap hari. Anak keduanya Hilya Dahlia (didukung) pula akan diletakkan di rumah ibu mentuanya. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN -

PELUANG berinteraksi dengan kanak-kanak lain selain mengikut jadual sekolah yang ditetapkan, sekali gus memupuk disiplin, merupakan antara sebab Cik Nur Diyana Taha memilih meletakkan anaknya di pusat jagaan kanak-kanak.
Ibu muda 32 tahun yang bekerja sebagai pengurus pejabat dan eksekutif sumber manusia bagi rantau Asia-Pasifik itu berkata di pusat jagaan kanak-kanak, anak sulungnya, Haifa Daniya Mohammad Haarifan, tiga tahun, dapat berinteraksi dengan pelajar lain.