Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluang lihat anak panda pertama di sini

Nov 20, 2021 | 5:30 AM
COMEL: Anak beruang panda pertama Singapura menunjukkan kemahiranya merangkak dengan yakin. - Foto KUMPULAN MANDAI WILDLIFE
COMEL: Anak beruang panda pertama Singapura menunjukkan kemahiranya merangkak dengan yakin. - Foto KUMPULAN MANDAI WILDLIFE -

ANAK beruang panda pertama di Singapura mungkin dapat menyambut 'peminatnya' tidak lama lagi apabila ia mulai bertatih di River Wonders.

Ia juga menyambut 100 hari kelahirannya esok.

Pengunjung boleh melihat dengan sekilas anak beruang panda itu di pameran hutan beruang panda dalam beberapa minggu akan datang sebelum ia menyertai ibunya dalam pameran awam awal tahun depan.

Dengan berat badannya melebihi enam kilogram, 30 kali ganda berat badan semasa dilahirkan, dan ukurannya 67 sentimeter, anak beruang panda itu telah menunjukkan kemahiran merangkak dan hampir berjalan kepada penjaganya.

Kumpulan Mandai Wildlife (MWG) dalam satu kenyataan berkata ibunya Jia Jia telah memberi penjagaan dan perlindungan bagi bayinya itu.

Nama anak beruang panda itu akan diumumkan bersama oleh Singapura dan China bulan depan.

MWG menerima 64,000 usulan nama daripada orang awam.

Ketua Kumpulan Eksekutif MWG, Encik Mike Barclay, berkata:

"Bersama pasukan penjaga beruang panda, kami sangat gembira kerana menghampiri hari ke-100 sejak Jia Jia melahirkan anak beruang panda di River Wonders.

"Kami berbesar hati menjaganya dan menyumbang kepada perkembangannya dalam beberapa bulan pertama.

"Apabila ia menjadi lebih selesa dan berdikari, kami jangkakan anak beruang itu akan menyertai Jia Jia dalam pameran awam bermula awal tahun depan."

Orang ramai telah memberi saranan nama untuk anak beruang itu.

Ini telah disemak oleh panel penilai yang terdiri daripada ahli akademik, wakil dari China di Singapura, agensi pemerintah yang berkaitan dan MWG.

Memandang ke hadapan, pasukan penjaga beruang panda membuat lebih banyak pemeriksaan kesihatan untuk penampilan pertamanya di khalayak ramai.

Ini untuk membiasakannya supaya berjauhan dengan Jia Jia untuk tempoh yang lebih lama dan memperkenalkannya kepada sekitaran baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg