Premium
Peluang nikmati beraneka sajian, barangan masih dibuka
Dec 1, 2018 | 5:30 AM
MAJLIS PEMBUKAAN PAMERAN: (Dari Kiri) Pengarah Urusan MegaXpress International, Encik Hamzah Abdullah; Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Shaik Hussain Shaik Yacob; Lembaga Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang juga Naib Yang Dipertua DPMM Johor, Encik Muhammed Farhan Basheer, mendengar taklimat peniaga dari sebuah reruai mengenai produk yang dijual dalam pameran Halal Antarabangsa. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
EKSPO pameran makanan halal yang dilancarkan semalam dengan pelbagai aneka produk serta kegiatan menarik disajikan sehingga Ahad ini.
Ekspo Halal Antarabangsa 2018 dan Dunia Muslimah anjuran MegaXpress International itu dirasmikan oleh Lembaga Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang juga Naib Yang Dipertua DPMM Johor, Encik Muhammed Farhan Basheer, di Singapore Expo, Dewan 5A.

