Peluang pegawai awam raih pengetahuan baru menerusi 2,500 kursus dalam talian
Premium
Peluang pegawai awam raih pengetahuan baru menerusi 2,500 kursus dalam talian
Jul 18, 2018 | 5:30 AM

-
PEGAWAI perkhidmatan awam pada masa depan akan dapat meraih pengetahuan baru dan mempertingkat kemahiran mereka secara mudah dan di mana-mana saja.
Kolej Perkhidmatan Awam (CSC) akan bekerjasama dengan 12 institut pengajian tinggi (IHL) dan penyedia kursus dalam talian terbuka (MOOC), Udemy for Government, untuk menyediakan kandungan digital bagi platform pembelajaran digital sektor awam yang sedang dibangunkan.

