Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeluang saksama bagi semua warga tanpa kira kaum, agama bantu S'pura capai perpaduan: Masagos
Peluang saksama bagi semua warga tanpa kira kaum, agama bantu S'pura capai perpaduan: Masagos
Peluang saksama bagi semua warga tanpa kira kaum, agama bantu S'pura capai perpaduan: Masagos
SINGAPURA telah mengambil pendekatan yang memberi rakyatnya peluang untuk berjaya tanpa mengira kaum atau agama, sekali gus membolehkan negara ini mencapai perpaduan sosial yang membolehkan rakyat hidup dengan harmoni.
Menyatakan demikian, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata sebagai sebuah negara kecil dengan tanah dan sumber terhad, Singapura perlu memastikan peluang sedemikian terus dicipta dan dikekalkan.
Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata demikian di Persidangan Antarabangsa tentang Ekstremisme Agama di Kaherah, Mesir, pada Selasa (7 Jun).
"Sejak merdeka, kompak sosial kita adalah satu di mana pemerintah kita telah mewujudkan keadaan untuk pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan, sambil memastikan akses kepada keperluan paling penting, iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan," katanya.
