Peluang staf Certis ikuti kursus berasas realiti maya di universiti
Premium
Peluang staf Certis ikuti kursus berasas realiti maya di universiti
Universiti Korporat Certis dilancar semalam, meterai Memorandum Persefahaman dengan SkillsFuture Singapura
Nov 26, 2019 | 5:30 AM
TERAJUI TRANSFORMASI: Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung (kiri), yang melancarkan Universiti Korporat Certis, berkata pemimpin industri penting seperti Certis perlu menerajui transformasi industri keselamatan dengan mempertingkat kemahiran pekerja dan menerima teknologi. - Foto SHIN MIN -
KAKITANGAN Certis akan berpeluang menyertai kursus latihan berasaskan realiti maya dalam bidang keselamatan yang mengajar mereka bagaimana menangani dan memberi reaksi kepada situasi sebenar menerusi simulasi.
Ini dapat dilakukan bagi mereka yang mendaftar di Universiti Korporat Certis (CCU) baru yang dilancarkan semalam di kemudahan $10 juta yang baru diubah suai di Toh Tuck Terrace, lapor The Straits Times.

