Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeluang teknisyen perkilangan sertai latihan tingkat kemahiran
Peluang teknisyen perkilangan sertai latihan tingkat kemahiran
Bolehkan mereka mara dalam kerjaya ke arah Industri 4.0
Peluang teknisyen perkilangan sertai latihan tingkat kemahiran
KUNJUNGI MAKMAL: Dr Koh Poh Koon (enam dari kiri) meninjau Kenderaan Bijak Autonomi (di lantai) dan dron dalam satu demonstrasi sebuah hab logistik bersepadu semasa lawatannya ke Makmal Hidup Perkilangan Digital di ITE Kolej Central semalam. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
Dec 20, 2019 | 5:30 AM
TEKNISYEN dalam sektor perkilangan boleh menyertai latihan untuk mempertingkat kemahiran dan mara dalam kerjaya ke arah Industri 4.0.
Ini selepas Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Persatuan Automasi Perusahaan Singapura (SIAA) dan Persatuan Teknologi dan Kejuruteraan Jitu Singapura (SPETA) dengan sokongan SkillsFuture Singapura (SSG) bekerjasama untuk menawarkan modul pendek dan relevan bagi golongan pekerja itu, umum Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon, di Seminar Digital dan Perkilangan Canggih di ITE Kolej Central semalam.