Topik diikuti
Pergi ke BHkuLEBIH setahun tidak bertemu gara-gara pandemik Covid-19!
Segala penantian itu berakhir apabila Encik Manzoor Ahmad Wangnoo akhirnya dapat menatap wajah isterinya, Cik Rafeeda Mohammad Hussein dan anaknya dari dekat sebaik 'kepulangannya' ke Singapura baru-baru ini.
Pengasas bersama Global Travel Connect, syarikat pelancongan yang berpusat di India itu, sebelum ini telah berada di India untuk menerima pelancong dan membawa mereka bersiar di Kashmir.
Namun, ketika pelancongan dan sempadan ditutup akibat Covid-19, beliau turut 'terkandas' di negara itu. Setelah setahun menghubungi keluarganya secara dalam talian, Encik Manzoor akhirnya menghela nafas lega dapat bersatu semula bersama keluarganya.