Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain Fulham Ben Davis pilih wakili Thailand

Oct 9, 2019 | 4:10 PM
PILIH THAILAND: Ben Davis, pemain bola sepak kelab Fulham, mendedahkan dalam satu wawancara bersama televisyen Thailand, bahawa beliau telah memilih kewarganegaraan Thailand berbanding pilihan lain seperti Singapura, Wales dan England. - Foto fail.
PILIH THAILAND: Ben Davis, pemain bola sepak kelab Fulham, mendedahkan dalam satu wawancara bersama televisyen Thailand, bahawa beliau telah memilih kewarganegaraan Thailand berbanding pilihan lain seperti Singapura, Wales dan England. - Foto fail. -

PEMAIN bola sepak kelab Fulham, Ben Davis, yang telah memungkiri tanggungjawabnya sebagai warga Singapura dengan tidak menunaikan perkhidmatan negara (NS), berkata beliau telah memutuskan untuk mewakili Thailand dan bukan Singapura.

Bercakap kepada saluran televisyen Thailand True4U, Davies berkata: "Kini saya sudah membuat keputusan. Saya sudah pun berbincang dengan keluarga saya mengenai isu kewarganegaraan saya - saya mempunyai pilihan antara Singapura, Thailand, Wales dengan England. Saya telah membuat keputusan untuk memilih Thailand."

Wawancara itu, kali pertama Davis mengulas tentang isu kewarganegaraannya di televisyen, disiarkan di laman Facebook True4U pada Isnin (7 Oktober).

"Saya rasa ini adalah pilihan terbaik untuk diri saya. Bola sepak Thailand mempunyai masa depan yang cerah dan terdapat peluang untuk berjaya.

Ibu bapa saya juga menyokong keputusan saya sepenuhnya," kata Davis dalam wawancara tersebut.

Davis, 18 tahun, dilahirkan di Phuket kepada ibunya, seorang warga Thailand, dan bapanya, yang berasal dari Britain. Namun, keluarganya berpindah ke Singapura ketika beliau berusia lima tahun, dan Davis menjadi warga Singapura pada 2010.

Davis pernah mewakili Singapura di peringkat bawah 16 dan 19, dan diundang untuk menyertai pasukan nasional pada Mac 2018. Namun beliau tidak beraskdi dalam kededua perlawanan menentang Maldives dan Chinese Taipei.

Pada Julai 2018, Davis menandatangani kontrak profesional dengan kelab bola sepak Fulham, di mana beliau telah mendapat biasiswa sejak Julai 2017, justeru menjadikannya warga Singapura pertama terikat dengan kelab bola sepak di England.

Namun pada keesokan harinya, Kementerian Pertahanan (Mindef) menolak permohonannya untuk menangguh permulaan NSnya buat jangka panjang.

Pada 28 September, The Straits Times melaporkan bahawa pemain itu telah dipanggil untuk menyertai skuad lelaki 28 pemain Thailand, yang akan mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Filipina.

Davis merupakan pemain termuda dalam skuad tersebut, dan satu-satunya yang berpangkalan di luar Thailand.

Davis turut mendedahkan dalam wawancara tersebut bahawa: "Impian saya adalah bermain di liga utama dunia, termasuk Liga Perdana, La Liga dan yang paling penting Liga Juara-Juara."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg