INGIN mendapatkan pemanas air yang jimat tenaga?
Anda boleh menimbangkan pemanas air yang terkini dari Ariston.
Pemanas Air Thermo Aures dari Ariston yang dilengkapi dengan teknologi Suhu Tetap atau 'Constant Temperature' merupakan pemanas air pertama di Singapura untuk mendapat pentauliahan secara rasmi oleh PSB Singapura.
Ia merupakan pemanas air yang jimat tenga dengan penjimatan utiliti sekurang-kurangnya 16.4 peratus.
Ariston merupakan yang pertama di dunia melancakan siri pemanas air serta-merta dengan teknologi CT.
Model ini dilengkapi dengan sensor aliran air yang membolehkan pemanas air itu mengukur suhu dan aliran air yang memasuki pemanas air itu.
Apa yang lebih menarik ialah, pemanas air itu dapat menjimatkan utiliti, dan ini telah disahkan PSB Singapura.
PSB Singapura telah menjalankan ujian berdasarkan proses mandi selama 10 minit antara pemanas air biasa dan pemanas air yang menggunakan teknologi CT Ariston.
Semasa ujian itu, terdapat gangguan terhadap kadar aliran air.
Ini seperti penggunaan kehidupan sebenar di mana terdapat penggunaan air yang lain di dalam rumah.
Misalnya, apabila seseorang membuka paip air di bahagian lain dalam rumah atau membersihkan tandas
Menerusi ujian itu, ia didapati penggunaan tenaga bagi pemanas air biasa ialah 411.9 watt setiap jam manakala bagi pemanas air dengan teknologi CT Ariston ialah 344.4 watt setiap jam.
Cukainya (tariff) juga berdasarkan 21.56 kilowatt sejam bagi pemanas air biasa ialah $0.0888 berbanding dengan pemanas air dengan teknologi CT Ariston iaitu $0.0742.
Di samping itu, satu lagi ciri menarik bagi pemanas air model Ariston dengan teknologi CT ini ialah ia anti-melecur.
Ujian juga menunjukkan bagi model tersebut apabila suhu mencapai 37 darjah selsius, ikon segi tiga di bahagian depan panel pemanas air akan mula berkelip apabila suhu mencapai 40 darjah selsius dan lebih tinggi.
Justeru dengan ciri anti-melecur ini, model Ariston dengan teknologi CT adalah selamat untuk digunakan bagi kanak-kanak.
Syarikat Ariston Thermo merupakan syarikat yang berada di hadapan dalam pemanasan air bagi penggunaan di rumah, komersial dan industri.
Ditubuhkan di Italy pada 1930 dan mempunyai lebih 7,000 pekerja di serata dunia, pada 2018, kumpulan syarikat itu mencapai perolehan $1.61 bilion paun ($3.01 bilion) dan telah menual lebih lapan juta produk di lebih 150 negara dengan 66 syarikat yang beroperasi dan lima pejabat wakil di 40 negara.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg