Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu, anak sempat keluar sebelum kereta terbakar

Jan 14, 2022 | 5:30 AM
DIJILAT API: Anggota SCDF berusaha memadam api pada kereta Mercedes-Benz berwarna hitam dalam satu kejadian di luar Sekolah Tinggi Maris Stella pagi semalam. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
DIJILAT API: Anggota SCDF berusaha memadam api pada kereta Mercedes-Benz berwarna hitam dalam satu kejadian di luar Sekolah Tinggi Maris Stella pagi semalam. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

SEBUAH kereta berwarna hitam Mercedes-Benz terbakar dalam satu kejadian di luar Sekolah Tinggi Maris Stella, di sepanjang Bartley Road, pada sekitar 7.30 pagi semalam, beberapa minit selepas seorang pemandu wanita dan anaknya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan segera keluar dari kenderaan tersebut.

Mujur tiada individu yang dilaporkan cedera dan kejadian itu sedang disiasat, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menjawab pertanyaan Berita Harian.

Pemandu itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Quek, memberitahu The Straits Times bahawa beliau sedang menghantar anak lelakinya, seorang murid Darjah 1, ke sekolah itu apabila kejadian berlaku.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg