SEORANG lelaki berusia 68 tahun telah ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah berlaku dalam kemalangan membabitkan bas mini dan pejalan kaki di Chai Chee pada Selasa.
Akhbar berbahasa Cina Shin Min Daily News melaporkan pada Rabu bahawa lelaki itu adalah pemandu bas sekolah yang memandu pelajar pulang ke rumah,
Dia merempuh gantri tempat letak kereta lantas melanggar seorang wanita tua yang sedang melintas jalan.
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan di Blok 36 Chai Chee Avenue itu pada kira-kira 12.25 tengah hari Selasa.
Pejalan kaki wanita berusia 68 tahun yang dilanggar itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital, kata polis.
SCDF menambah wanita itu telah dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH).
Pembaca Shin Min memberitahu wartawan bahawa bas mini itu adalah kenderaan perkhidmatan sosial AWWA.
The Straits Times telah menghubungi AWWA untuk mendapatkan ulasan.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg