Topic followed successfully
Go to BHkuPemandu Bentley dituduh sebabkan cedera dengan tindakan buru-buru
Pemandu Bentley dituduh sebabkan cedera dengan tindakan buru-buru
Pemandu Bentley dituduh sebabkan cedera dengan tindakan buru-buru

SEORANG pemandu kereta Bentley yang didakwa membahayakan keselamatan seorang pengawal keselamatan berusia 62 tahun di luar Sekolah Red Swastika pada Januari didakwa di mahkmah semalam dengan satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan melakukan perbuatan terburu-buru.
Neo Hong Chye, 61 tahun, juga dituduh memandu kenderaan itu tanpa perlindungan insurans.
Dalam satu kenyataan bersama kelmarin, polis dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata anak lelaki Neo adalah pemilik Bentley tersebut pada waktu itu.
Glynn Neo Jia, 28 tahun, didakwa semalam dengan satu tuduhan mengubah nombor plat lesen Bentley tersebut dan satu tuduhan membenarkan ayahnya menggunakan kereta itu tanpa perlindungan insurans, lapor akhbar The Straits Times.
Menurut dua agensi itu, polis menerima panggilan mengenai satu kejadian di luar sekolah di Bedok North itu sekitar 11.40 pagi pada 11 Januari dan pemandu kereta tersebut ditangkap sekitar 3.35 petang itu.
Kejadian tersebut dirakam dalam sebuah video yang tular dalam talian.
Ia menunjukkan kereta Bentley putih itu maju sedikit demi sedikit hingga menolak seorang pegawai keselamatan di luar sekolah tersebut, setelah kereta itu tidak dibenarkan memasuki sekolah berkenaan.
Dalam kenyataan kelmarin, dua agensi itu berkata:
"Siasatan lanjut polis dan LTA mendedahkan bahawa plat nombor kenderaan itu nampaknya ditukar, dan pemandu tersebut memandu kenderaan itu tanpa perlindungan insurans."
Polis berkata sebelum ini bahawa pengawal keselamatan itu mengalami kecederaan ringan setelah kejadian tersebut.
Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dengan melakukan perbuatan terburu-buru, pesalah boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.
Pesalah juga boleh dilarang memandu semua kelas kenderaan selama setahun.

