SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemandu Grab meninggal dunia dalam kemalangan di Ang Mo Kio

Pemandu Grab meninggal dunia dalam kemalangan di Ang Mo Kio

Oct 17, 2022 | 7:07 PM

Pemandu Grab meninggal dunia dalam kemalangan di Ang Mo Kio

Foto LIANHE ZAOBAO
Foto LIANHE ZAOBAO -

SEORANG pemandu Grab yang sedang membawa penumpang meninggal dunia dalam satu kemalangan melibatkan kereta, lori dan bas di Ang Mo Kio pada Ahad (16 Oktober).

Pemergiannya merupakan kematian tempat kerja ke-40 tahun ini.

Lelaki berusia 68 tahun itu tidak sedarkan diri apabila beliau dibawa ke hospital selepas kemalangan itu yang berlaku di simpang Ang Mo Kio Avenue 5 dan Ang Mo Kio Industrial Park 2.

Beliau berdaftar sebagai pemandu kereta sewa privet, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Beliau sedang belok ke kanan di simpang trafik apabila lori yang menuju dari arah bertentangan melanggar kereta itu, kata MOM.

Keterangan bagaimana bas ini terlibat tidak ada.

Pemandu meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng tidak lama selepas digegaskan ke situ.

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar 1 petang, jelas penumpang kereta itu, seorang wanita berusia 33 tahun dan pemandu lori berusia 55 tahun yang juga dibawa ke hospital.

Kededuanya masih sedarkan diri.

Pemandu lori dan pemandu bas yang merupakan lelai 65 tahun sedang membantu polis dalam siasatan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg