Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu Lamborghini ditangkap kerana pandu secara bahaya

Oct 12, 2016 | 2:29 PM
Kereta Lamborghini biru ini dirakam memecut melalui jurang sempit antara dua kereta. GAMBAR: SCREENGRAB DARI FACEBOOK VIDEO
Kereta Lamborghini biru ini dirakam memecut melalui jurang sempit antara dua kereta. GAMBAR: SCREENGRAB DARI FACEBOOK VIDEO - GAMBAR SKRIN DARIPADA VIDEO FACEBOOK

POLIS telah menangkap lelaki yang memandu sebuah kereta mewah Lamborghini biru yang dirakam oleh kamera memotong secara melulu pada 1 Okt.

Sebagai respons kepada pertanyaan media, jurucakap polis berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditangkap kerana memandu secara berbahaya.

Dia difahamkan ditangkap pada Selasa (11 Okt). Tidak jelas apakah dia pemilik kereta itu.

Kejadian tersebut, dipercayai berlaku di East Coast Parkway, dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kereta lain.

Satu klip video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Heng See Meng pada 2 Oktober mencatat lebih 120,000 tontonan dan lebih 1,700 perkongsian.

Ia menunjukkan kereta Lamborghini itu memecut melalui jurang sempit antara dua kereta.

Video Encik Heng turut dikongsi oleh kumpulan masyarakat keselamatan jalan raya Beh Chia Lor- Singapore Road dan Roads.sg, yang menarik respons marah daripada pengguna Facebook yang mengutuk pemandu berbahaya itu.

Kebanyakan mereka mempersoalkan mengapa kereta mewah itu tidak memecut melalui lorong paling kiri yang kosong, namun ada juga menyalahkan Encik Heng kerana memandu perlahan di lorong paling kanan.

Gambar kereta Lamborghini itu diletak di ibu pejabat Polis Trafik dikongsi secara meluas di media sosial pada Selasa, menimbulkan spekulasi pemandunya telah ditangkap.

Jurucakap polis sebelum ini berkata ia sedang menyiasat kejadian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg