Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu pelancong, pemandu bas ditangkap selepas bergaduh dalam bas

Mar 10, 2018 | 5:43 PM
FOTO: Shin Min Daily News
FOTO: Shin Min Daily News -

SEORANG pemandu pelancong dan pemandu bas telah ditangkap selepas mereka bergaduh dalam bas semalam.

Menurut akhbar The Straits Times, pemandu pelancong wanita, 38 tahun, sedang menunggu bersama sekumpulan pelancong di Peace Centre berdekatan Selegie Road untuk ketibaan pemandu bas lelaki yang berusia 58 tahun.

Namun, bas tidak dibenarkan berhenti di kawasan tersebut di mana mereka sedang menunggu.

Semasa pemandu bas itu tiba, tidak semua anggota kumpulan pelancong itu berada di sana.

Pemandu pelancong tersebut menyuruh pemandu bas memandu bas tersebut sementara menunggu.

Pemandu bas dikatakan telah memaki semasa memandu bas tersebut.

Pemandu pelancong itu marah lalu kededuanya bergaduh dalam bas.

Kumpulan tersebut difahami sepatutnya menuju ke Orchard Road pada hari itu.

Bas tersebut kemudiannya berhenti di tempat letak kereta Pusat Makanan Newton, menurut akhbar Shin Min Daily News, dan membiarkan sekitar 15 pelancong itu turun daripada bas.

Polis memberitahu ST bahawa mereka telah diberitahu mengenai kes perkelahian di Selegie Road pada 12.14 tengah hari semalam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata bahawa ia mendapat tahu mengenai kejadian di Pusat Makanan Newton sekitar 12.40 tengah hari dan membawa dua orang ke Hospital Tan Tock Seng.

SCDF tidak memberi sebarang butiran lanjut.

Siasatan polis diteruskan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg