Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu, penumpang dikejarkan ke hospital ekoran kemalangan 5 kenderaan di Bukit Batok

Nov 28, 2019 | 3:21 PM
Pemandu dan penumpang bas mini (kanan) yang terlibat dalam kemalangan lima kenderaan di Bukit Batok semalam telah dibawa ke hospital. FOTO: FACEBOOK/SINGAPOREROADACCIDENT.COM
Pemandu dan penumpang bas mini (kanan) yang terlibat dalam kemalangan lima kenderaan di Bukit Batok semalam telah dibawa ke hospital. FOTO: FACEBOOK/SINGAPOREROADACCIDENT.COM -

SEORANG pemandu bas mini dan penumpangnya telah dikejarkan ke hospital setelah kemalangan melibatkan lima kenderaan berlaku di Bukit Batok semalam. Polis berkata mereka diberitahu tentang kejadian tersebut pada 7.41 pagi semalam di Bukit Batok West Avenue 5 menghala Brickland Road. Kemalangan itu melibatkan dua lori, dua kereta dan satu bas mini, lapor The Straits Times. Gambar-gambar kemalangan itu yang dikongsi di media sosial menunjukkan bahagian depan kereta putih merempuh belakang lori sementara bas mini itu berada di belakang kereta tersebut. Pemandu bas mini itu, seorang lelaku berusia 57 tahun, dan penumpangnya, seorang lelaki berusia 67 tahun, telah dibawa ke Hospital Ng Teng Fong dalam keadaan sedarkan diri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg