SEORANG lelaki berusia 52 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah dan trafik setelah kemalangan melibatkan empat kenderaan di Sembawang Jumaat lalu (19 Jun).
Kesalahan trafik itu termasuk memandu secara bahaya, memandu tanpa lesen sah dan menggunakan kenderaan tanpa izin pemiliknya.
Pihak polis berkata mereka diberitahu tentang kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas dan tiga kereta di persimpangan Sembawang Road dan Gambas Avenue pada 10.08 pagi, lapor laman Stomp.
Satu video yang dimuatnaik ke Facebook Roads.sg menunjukkan kereta hitam melanggar lampu merah dan merempuh kereta biru, sebelum melanggar bas.
Kereta biru itu dilihat terpusing akibat impak langgaran tersebut.
Polis berkata pemandu kereta hitam itu telah melarikan diri dari tempat kemalangan dan kemudian ditangkap di Canberra Road pada hari yang sama.
Siasatan sedang dijalankan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg