MEMBACA artikel mengenai pemandu teksi yang kemalangan akibat serangan jantung menarik perhatiannya.

Disebabkan sifat prihatin dan ingin tahu bagaimana untuk membantu mangsa serangan jantung, pemandu teksi HDT Singapore Taxi, Encik Siful Bahri Abdul Hamid, 53 tahun, memutuskan menyertai latihan bagi melengkapi dirinya dengan kemahiran dalam menangani kecemasan.