Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemandu van dipenjara 14 minggu dan diharam memandu selama 8 tahun susuli kemalangan yang menyebabkan kematian
Pemandu van dipenjara 14 minggu dan diharam memandu selama 8 tahun susuli kemalangan yang menyebabkan kematian
Pemandu van dipenjara 14 minggu dan diharam memandu selama 8 tahun susuli kemalangan yang menyebabkan kematian
SEORANG pemandu van pengiriman telah menyebabkan kematian warga emas berusia 72 tahun dalam satu kemalangan pada 2021 setelah dia mengalihkan pandangannya daripada jalan raya dan gagal melihat orang tua itu sedang melintasi jalan.
Romzi Abdul Wahab, 46 tahun, pada Isnin (10 Oktober) dihukum penjara 14 minggu selepas dia mengaku bersalah atas satu dakwaan memandu tanpa memikirkan tentang keselamatan orang lain di jalan raya.
Dia juga diharamkan daripada memandu semua jenis kenderaan selama lapan tahun selepas dibebaskan dari penjara.
Mahkamah diberithu bahawa Romzi sedang mengirim barang sekitar Lorong Lew Lian di Serangoon pada 1 November 2021. Hujan renyai-renyai tetapi tiada kekaburan.
Selepas dia memasuki tempat meletak kereta sekitar 3 petang, dia fokus pada alat GPS pada telefon bimbitnya di bahagian kanan cermin depan keretanya untuk memeriksa lokasinya.
Kerana itu, dia gagal melihat lelaki yang sedang berjalan di tempat berjalan kaki yang tertutup dan menghubungkan dua blok perumahan. Apabila Romzi terlihat pejalan kaki itu di depan van itu, dia cuba menekan brek tetapi tidak dapat berhenti tepat pada masanya.
Mangsa tercampak ke jalan raya dan meninggal kerana kecederaan kepala dan dada di hospital.
Bahagian depan van itu kemek kerana kemalangan itu. Tiada masalah mekanikal dikesan pada van itu sehingga menyebabkan kemalangan.
Pihak pendakwa meminta penjara antara 16 hingga 20 minggu dan pengharaman memandu selama lapan tahun.
Dalam rayuannya, peguam Romzi, Encik Wasiur Rehman daripada Regal Law berkata anak guamnya sedang mengalami kecelaruan fikiran kerana tidak pernah ke tempat itu.
"Dia sedang menatap GPS sehingga timbul kejadian yang tidak diingini itu," kata Encik Wasiur.
Dalam jawapannya, pihak pendakwa berkata Romzi sewajarnya lebih berhati-hati jika dia tidak pasti dengan sekitaran tersebut.
Kerana memandu tanpa bertimbang rasa tentang keselamatan orang lain di jalan raya, seorang pesalah boleh didenda hingga $10,000 dan dipenjara hingga tiga tahun.
