Topik diikuti
Pergi ke BHkuPembahas Madrasah Aljunied berpeluang raih tempat ketiga
Premium
Pembahas Madrasah Aljunied berpeluang raih tempat ketiga
Pembahas Madrasah Aljunied berpeluang raih tempat ketiga
KUALITI DIPUJI: Penguasaan bahasa Arab dan pembentangan idea yang kritikal dan jelas para pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang mewakili Singapura dalam pertandingan bahas Arab di Qatar ini dipuji para peserta dan pengadil. Mewakili negara (dari kiri) Nur Zuhaidah Md Yusof, Nurhani Rehan, Nabilah Farhah Ali dan Naheedah Reza Jalalrahman bersama pembahas dari Lebanon dan Brazil. - Foto ihsan USTAZAH HARINAH ABDUL LATIFF -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 11, 2018 | 5:30 AM
BUAT pertama kalinya, Madrasah Aljunied Al-Islamiah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan mungkin berpeluang merebut tempat ketiga dalam Kejuaraan Bahas Bahasa Arab Sekolah Antarabangsa.
Kumpulan yang dianggotai empat srikandi prauniversiti itu berjaya menumpaskan beberapa negara lain termasuk Qatar, Syria, Turkey, Kazakhstan, Ukraine, Canada dan Jerman, yang menghantar pembahas yang berasal dari negara Arab untuk pertandingan ini.
