Seramai 12 pembahas dari Singapura dan Brunei akan mengambil bahagian dalam Bahas Muhibbah yang berlangsung dari 7 hingga 10 Disember 2023.
Pasukan pembahas dari Singapura yang mengambil bahagian dalam bahas ini telah berlepas pada malam 7 Disember. Mereka diketuai oleh Presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) Encik Nassar Mohamed Zain.
Bahas Muhibbah ini merupakan sebuah acara yang menitikberatkan persahabatan dan pertukaran program budaya antara Singapura dengan Brunei yang dianjurkan melalui kerjasama antara 4PM dari Singapura dan The Curious Playgrounds dari Brunei. 36 belia termasuk sukarelawan terlibat dalam acara ini.
Acara ini sebelumnya telah diadakan terakhir kali di Wisma Geylang Serai pada 2020. Acara tersebut menjadi platform penting untuk memperluaskan pemahaman budaya dan memperkukuhkan ikatan antara pelajar dari kededua negara.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg