Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembangunan kandungan digital menarik agar pelajar dan waris teruja 

Dec 21, 2024 | 5:30 AM
Pelajar Andalus, Sher Mehdhaar Sher Mohamed, 16 tahun, dan kakaknya Shirka Khalissa Sher Mohamed, 18 tahun, sedang mengulang kaji kandungan pembelajaran melalui dalam talian dari rumah.
Pelajar Andalus, Sher Mehdhaar Sher Mohamed, 16 tahun, dan kakaknya Shirka Khalissa Sher Mohamed, 18 tahun, sedang mengulang kaji kandungan pembelajaran melalui dalam talian dari rumah. - Foto ANDALUS CORPORATION PTE LTD

Wadah digital Andalus bukan sekadar menyampaikan bahan pembelajaran dalam bentuk teks; kandungan pendidikannya kini diperkaya dengan penggunaan video interaktif, animasi serta elemen gamifikasi seperti kuiz untuk menarik perhatian pelajar.

Menurut Pengarah Eksekutif Darul Andalus, Ustazah Khaafizah Hanif, pembangunan bahan digital peringkat prasekolah dilakukan oleh pasukan petugas terdiri daripada bahagian Pendidikan dan Penyelidikan dan Pengembangan (R&D) dengan nasihat atau bimbingan pakar dan konsultan yang dilantik.

“Saya terlibat dalam bahagian pengeluaran sumber dan berurusan rapat dengan bahagian pembanguan kandungan. Ia dibangunkan oleh pegawai pengajaran dan guru spesialis dengan bimbingan Subject Matter Expert (SME) yang merupakan pakar dan pengamal pendidikan prasekolah.

“Kemudiannya kandungan dipindahkan ke format digital dalam bentuk video animasi dan kuiz interaktif menggunakan aplikasi yang bersesuaian. Perkara tersebut dilakukan dengan gabungan petugas dalaman dan juga tenaga pakar dalam bidang digital yang dilantik,” jelasnya.

Projek prasekolah tersebut telah dimulakan pada 2021 dan masih berlangsung secara bertahap sehingga kini.

“Membangunkan kandungan digital memerlukan gabungan kemahiran dan kepakaran untuk memastikan kandungan itu menarik, berkesan dan diterima baik oleh pengguna. Ini termasuk kemahiran menggunakan sofwe multimedia untuk tujuan pembangunan animasi, penggunaan suara latar, penyuntingan video, reka bentuk grafik dan seumpamanya,” terang Ustazah Khaafizah yang berkongsi nasihat daripada SME dan memainkan peranan utama dalam merealisasikan matlamat yang diinginkan.

Teknologi seperti pembelajaran dalam talian, kandungan digital interaktif dan animasi membolehkan penyampaian ilmu lebih menarik. Pendekatan ini memastikan nilai-nilai Islam disampaikan secara berkesan tanpa menjejaskan prinsip agama.

Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut mempercepatkan pembangunan bahan pembelajaran yang bermutu.

Andalus juga sedang meneroka teknologi canggih lain seperti realiti maya (VR) bagi meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran pelajar.

Namun, Andalus sedar keperluan mengimbangi kaedah bilik darjah tradisional dengan alam digital ketika melangkah ke masa hadapan.

“Salah satu cara adalah menggabungkan pembelajaran secara bersua muka dengan komponen digital melalui pendekatan hibrid. Selain itu, syarikat juga boleh meneroka kesesuaian kelas balikan (flipped classrooms) pada masa akan datang dengan para pelajar mengakses bahan dalam talian di luar kelas dan menggunakan masa bilik darjah untuk kegiatan dan perbincangan interaktif dan praktikal,” katanya lagi.

Teknologi seperti pembelajaran dalam talian, kandungan digital interaktif dan animasi membolehkan penyampaian ilmu yang lebih menarik. Pendekatan ini memastikan nilai-nilai Islam disampaikan secara berkesan tanpa menjejaskan prinsip agama.

Menurut Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus, Encik Fathurrahman Dawoed, transformasi digital dipacu keperluan ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan menjadikan pendidikan Islam lebih inklusif dan fleksibel.

“Kami mahu memenuhi permintaan pembelajaran moden sambil memastikan pendidikan Islam mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat, termasuk pada peringkat antarabangsa,” katanya.

Langkah ini juga seiring dengan visi Andalus untuk menjadi institusi pendidikan Islam yang relevan dan tahan uji dalam era digital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg