Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Pembangunan peribadi penting bagi belia'

Zaqy turut galak penerima Anugerah Mendaki sokong usaha dan menjadi relawan pelbagai program
Mar 30, 2021 | 5:30 AM
PENTINGNYA BELIA: Encik Zaqy Mohamad dan Dr Shahira Abdullah menekankan bahawa pembangunan peribadi dan pembelajaran sepanjang hayat penting buat belia. - Foto YAYASAN MENDAKI
PENTINGNYA BELIA: Encik Zaqy Mohamad dan Dr Shahira Abdullah menekankan bahawa pembangunan peribadi dan pembelajaran sepanjang hayat penting buat belia. - Foto YAYASAN MENDAKI -

PEMBANGUNAN peribadi dan pembelajaran sepanjang hayat adalah penting bagi belia hari ini, tetapi mereka juga harus berusaha untuk menyumbang kembali dan menyokong golongan yang memerlukan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Menyatakan demikan dalam ucapannya di sesi pendampingan sulung dengan penerima Anugerah Mendaki yang lalu pada Jumaat, Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, menggalak peserta menyokong usaha badan itu dengan menjadi relawan dalam pelbagai program.

Mengingatkan belia tentang pentingnya pembangunan peribadi, Encik Zaqy, yang menghoskan sesi itu, berkata:

"Adalah penting untuk kita merangkul pembelajaran sepanjang hayat bagi mengukuhkan dan membangunkan set kemahiran baru agar dapat mengemudi cabaran masa depan bersama-sama dengan berjaya, dan merebut peluang untuk kekal relevan."

Sedang pembangunan peribadi itu penting, beliau juga mengingatkan peserta tentang pentingnya menyumbang kembali, dan menekankan bahawa penyertaan rakyat yang mudah boleh membawa kesan kepada kehidupan orang lain.

Turut bersetuju, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Shahira Abdullah, yang turut hadir, juga menggesa para peserta untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Beliau menambah: "Sebagai pemimpin hari esok, beliau perlu didekati dan memberikan maklum balas terhadap isu seperti pekerjaan dan ekonomi.

"Saya menggalak para belia agar menjadi sebahagian daripada proses membuat dasar."

Dr Shahida turut mengongsi pengalamannya dan perjalanan sebagai sukarelawan dengan Kelab Mendaki (MClub).

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.

Bagi peserta, Cik Nadia Irdina Azmi, menghadiri sesi mendekati sedemikian meluaskan perspektifnya mengenai pelbagai bidang.

"Sesi ini meningkatkan kesedaran saya mengenai isu seperti landskap pekerjaan masa depan dan perubahan ekonomi," ujarnya.

Sesi pendampingan itu adalah yang pertama dalam siri yang telah dirancang oleh Mendaki sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalak penglibatan belia yang lebih besar dalam isu masyarakat.

Ia diadakan di Wisma Mendaki dan dihadiri 15 penerima Anugerah Mendaki yang lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg