Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pembantu lesap setelah majikan tolong bayar hutang ‘tailong’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu lesap setelah majikan tolong bayar hutang ‘tailong’

Jan 08, 2024 | 03:57 PM



Setelah menolong pembantu rumahnya melunaskan hutang dari pemiutang haram, seorang majikan mendapati pembantu itu menghilangkan sendiri setelah mengambil pasportnya dari laci berkunci.

Cik Ika Lestari Sabtu, 40 tahun, berkongsi hal itu di laman Facebooknya pada 5 Januari setelah dua orang anaknya yang berumur sembilan tahun dan 11 tahun, pulang ke sekolah ke rumah yang kosong.

Dari situ, Cik Ika mendapat tahu pembantunya telah melarikan diri dan beliau mengesahkannya setelah menonton kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

Pembantu dari Indonesia yang berusia 32 tahun itu kelihatan meninggalkan rumah Cik Ika dengan kesemua barang-barangnya dalam dua bagasi.

Sebelum itu, pembantu tersebut dipercayai mengumpil laci berkunci dan membawa lari pasportnya dengan sebuah pisau yang kemudiannya di campak di koridor rumah di Punggol itu, kata Cik Ika.

Menurut Cik Ika lagi, sebelum kejadian itu, pembantunya telah diugut oleh pemiutang wang haram untuk membayar hutang yang telah dipinjam.

Tambah Cik Ika, beliau sendiri menerima ugutan itu dan memutuskan untuk membantu bayar hutang pembantunya itu.

Walaupun berasa kecewa dengan perbuatan pembantunya yang meminjam duit daripada pemiutang haram, Cik Ika memilih untuk membantunya membayar hutang yang dipinjam, kerana lebih mementingkan keselamatan anak-anaknya.

“Pemiutang haram itu masih menghubungi saya dan mengugut saya walaupun saya sudah membayar kesemua hutang itu, termasuk duit bunganya,” kata Cik Ika.

“Saya telah membantu membayar semua hutang yang dipinjam sebanyak $3,950, kerana berasa belas kasihan terhadapnya.

“Malangnya, setelah melunaskan hutang itu, dia lari dari rumah keesokan harinya pada 5 Januari sekitar 1.50 tengah hari.

“Saya mendapat tahu hal itu apabila anak saya pulang ke rumah dan ketahui dia telah melarikan diri,” ujar Cik Ika.

Cik Ika telah pun membuat laporan polis dan meminta kerjasama orang awam untuk membantu cari pembantunya yang dipercayai melarikan diri.

Dalam temu bual bersama Berita Harian (BH), Cik Ika berkata pembantunya itu telah bekerja dengannya selama 10 bulan.


“Saya fikir ingin menyarankan dia bayar secara beransur. Kami telah banyak menolongnya. Beberapa kali dia minta gaji pendahuluan, tetapi tidak sangka dia akan berbuat begitu pada kami,” jelas Cik Ika yang bekerja sebagai seorang guru kanak-kanak berkeperluan khas.

Pada waktu ini, Cik Ika dan suami terpaksa mengambil giliran untuk menjaga anak-anak dan mengambil cuti apabila perlu untuk menguruskan mereka.

Sebelum ini, Cik Ika pernah mengambil empat pembantu lain, tetapi tidak pernah menghadapi masalah sebegini.

Beliau berharap orang ramai akan lebih berhati-hati dengan pembantu yang senang terpedaya dengan pemiutang haram yang mengambil kesempatan terhadap pembantu-pembantu rumah yang terdesak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >