Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembantu rumah diberkas di Lapangan Terbang Changi selepas serang majikan dengan pisau

Jan 18, 2020 | 3:53 PM
-

SEORANG pembantu rumah 34 tahun diberkas Jumaat (17 Jan) kerana menyebabkan kecederaan teruk dengan senjata yang berbahaya.

Dia didakwa Sabtu (18 Jan).

Pihak polis berkata mereka diberitahu mengenai insiden tersebut Jumaat lalu sekitar 11.10 pagi oleh mangsa yang berkata pembantu rumah itu telah menyerangnya menggunakan pisau di rumahnya di Commonwealth Close.

Pembantu rumah tersebut diberkas semalam di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi dengan bantuan orang ramai dan rakaman CCTV.

Kesalahan menyebabkan kecederaan teruk dengan senjata berbahaya boleh mendapat hukuman penjara seumur hidup, atau untuk tempoh yang lebih lanjut daripada 15 tahun, pesalah juga mungkin disebat atau disaman.

Pesalah wanita tidak boleh disebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg