Topik diikuti
Pergi ke BHkuPembeli flat boleh kekalkan sehingga $20,000 dalam Akaun Biasa CPF apabila mendapatkan pinjaman HDB
Pembeli flat boleh kekalkan sehingga $20,000 dalam Akaun Biasa CPF apabila mendapatkan pinjaman HDB
Pembeli flat boleh kekalkan sehingga $20,000 dalam Akaun Biasa CPF apabila mendapatkan pinjaman HDB
PEMBELI flat kini diberikan kelonggaran dalam penggunaan wang dari Tabung Simpanan Pekerja (CPF), menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) selepas melancarkan 5,101 flat untuk dijual hari ini.
Pembeli kini boleh mengekalkan sehingga $20,000 dalam Akaun Biasa (OA) CPF apabila mereka mengambil pinjaman HDB.
Sebelum ini, mereka terpaksa menggunakan semua dana dalam akaun OA.
HDB berkata: "Dana tersebut boleh digunakan untuk bayaran rumah ansuran jika diperlukan dan melengkapkan keperluan persaraan jika ia tidak digunakan."
Flat yang ditawarkan termasuk 4,375 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Yishun dan di kawasan Punggol baru- Punggol Point Cove dan Punggol Point Woods- serta 726 unit Tawaran Semula Baki Flat (ROF).
ROF merupakan flat-flat yang masih belum dijual setelah beberapa pusingan.