Pembeli kit ujian pantas antigen SG Diagnostics digesa pulangkan produk buat kegunaan profesional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembeli kit ujian pantas antigen SG Diagnostics digesa pulangkan produk buat kegunaan profesional

Oct 12, 2021 | 6:17 PM

Pembeli kit ujian pantas antigen SG Diagnostics digesa pulangkan produk buat kegunaan profesional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto SG DIAGNOSTICS
Foto SG DIAGNOSTICS -

PELANGGAN yang membeli kit ujian pantas antigen (ART) SG Diagnostics digesa oleh syarikat itu agar memulangkan semula produk berkenaan.

Kit yang disahkan penggunaannya oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hanya untuk dibekalkan kepada penyedia khidmat profesional seperti institusi dan klinik jagaan kesihatan bukan untuk kegunaan pengguna bagi ujian diri sendiri di rumah.

SG Diagnostics membuat permohonan ini kepada pelanggan dalam satu iklan ST Classifieds pada Selasa (12 Oktober) dan menjelaskan bahawa permintaan itu dibuat bukan kerana isu mutu produk berkenaan tetapi hasil daripada penjualan dan edaran kit yang tidak disahkan.

"Kami menggesa semua yang cuba menjual atau mengedar produk kami sebagai kit ujian di rumah agar dengan segera menghentikan semua perbuatan ini," jelas SG Diagnostics.

Kit ART syarikat ini kelihatan dijual di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Carousell, dengan harga sekitar $18 bagi setiap kotak dengan dua kit.

Senarai bagi tempahan kumpulan juga boleh dilihat di platform beli-belah WeBuy.

Menurut akhbar The Straits Times, kebanyakan iklan jualan pada wadah e-dagang telah pun diturunkan.

Apabila akhbar itu menghubungi talian 'hotline' SG Diagnostics yang tertera pada iklan, seorang operator menasihati pembeli agar memulangkan kit ART itu kepada pembekal dan meminta wang pulangan. Katanya lagi, jika perlu, syarikat itu akan membeli kit ujian itu pada kadar tetap $6 setiap kit.

Menurutnya lagi, syarikat itu sedang menyiasat bagaimana kit itu boleh dijual di platform pengguna.

Hubungi talian 'hotline' SG Diagnostics di 8030-5766 atau e-mel info@sgdiagnostics.com bagi memulangkan kit berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg