SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemberi maklumat jadi mangsa diskriminasi tempat kerja boleh hubungi MOM, Tafep

Pemberi maklumat jadi mangsa diskriminasi tempat kerja boleh hubungi MOM, Tafep

Oct 6, 2021 | 5:30 AM

Pemberi maklumat jadi mangsa diskriminasi tempat kerja boleh hubungi MOM, Tafep

16556278-16a0-4663-b45a-2f493f102948
-

PEMBERI maklumat atau 'whistleblower' yang khuatir menjadi mangsa diskriminasi dan sasaran di tempat kerja oleh majikan mereka boleh menghubungi Kementerian Tenaga Manusia (MOM) atau Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) untuk mendapatkan bantuan.

Tafep kemudian akan menyiasat dakwaan itu dan mempertimbangkan tindakan penguatkuasaan ke atas majikan tersebut, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.

Dr Koh memberikan respons tersebut di Parlimen semalam bagi menjawab pertanyaan Cik Jessica Tan (GRC East Coast) mengenai apa yang perlu dilakukan kepada majikan yang gagal memberikan persekitaran yang selamat bagi kakitangan untuk menyuarakan pandangan mereka, dan bantuan apa yang boleh didapatkan pekerja apabila mereka berdepan dengan tindak balas kerana melaporkan diskriminasi.

Kes-kes seperti itu jarang berlaku, menurut Dr Koh, manakala undang-undang melindungi pekerja daripada diberhentikan kerja tanpa sebab yang munasabah.

Ia termasuk situasi di mana mereka diberhentikan kerja kerana melaporkan diskriminasi di tempat tugas.

Tafep memerlukan majikan untuk menilai pekerja berdasarkan merit dalam semua fasa pekerjaan, katanya.

Tambahnya, terdapat jawatankuasa yang kini ditugaskan untuk menyiasat skop perundangan bagi keadilan di tempat kerja, termasuk perlindungan bagi pemberi maklumat.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan dalam Rapat Hari Kebangsaan Ogos lalu bahawa garis pandu Tafep akan dimasukkan ke dalam undang-undang menangani diskriminasi tidak kira jantina, usia, bangsa, agama dan keupayaan seseorang.

Sebelum itu, Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) mengajukan soalan kepada MOM untuk mempertimbang langkah mendedahkan nama dan memalukan majikan yang mengamalkan diskriminasi di tempat kerja.

Tujuannya adalah untuk memberi motivasi kepada majikan dan pekerja untuk mengamalkan pekerjaan adil secepat mungkin, katanya.

Dalam responsnya, Dr Koh berkata pada masa ini, syarikat dengan amalan diskriminasi boleh dimasukkan ke dalam senarai syarikat yang dipantau di bawah Rangka Kerja Pertimbangan Adil.

"Firma yang terangkum di bawah senarai ini - secara teknikal mereka belum melanggar sebarang perundangan, tetapi mungkin beberapa amalan mereka mungkin menyimpang sedikit, dan meletakkan mereka di bawah senarai itu merupakan satu cara untuk mendekati syarikat tersebut dan memberi isyarat kepada mereka supaya mengubah amalan mereka," katanya.

Tambahnya, biasanya amalan diskriminasi syarikat akan diubah sebaik majikan didedahkan kepada panduan amalan pekerjaan adil.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg