Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemberian komputer riba kepada anak pesalah dadah

Apr 23, 2022 | 8:46 PM
BAWA KECERIAAN: Dr Faishal (dua dari kanan) dan Cik Haslinda (kanan) memberikan komputer riba tajaan Far East Organisation kepada sekumpulan anak-anak pesalah dadah semasa acara Projek Pelita Hati di Kelab Masyarakat Nee Soon Central semalam.
BAWA KECERIAAN: Dr Faishal (dua dari kanan) dan Cik Haslinda (kanan) memberikan komputer riba tajaan Far East Organisation kepada sekumpulan anak-anak pesalah dadah semasa acara Projek Pelita Hati di Kelab Masyarakat Nee Soon Central semalam. - KHALID BABA

SEJAK bapanya masuk penjara angkara dadah sekitar empat tahun lalu, Ahmad (bukan nama sebenar) terputus hubungan dan langsung tidak mendengar sebarang khabar daripada orang tuanya itu. Namun, semuanya bakal berubah setelah Ahmad, 12 tahun, menerima komputer riba daripada Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) dalam satu acara semalam. "Saya rasa gembira sangat kerana dengan adanya komputer riba ini, saya boleh hantar e-mel kepada bapa saya di penjara," kata pelajar menengah satu itu.

Pada Sabtu (23 Apr), HGEF telah mengadakan acara Projek Pelita Hati buat tahun keempat di Kelab Masyarakat Nee Soon Central, di mana 10 komputer riba tajaan Far East Organisation turut diberikan kepada anak-anak dengan ibu atau bapa yang berada di penjara. Projek itu merupakan sebuah inisiatif HGEF dengan kerjasama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), dan disokong kempen antidadah Dadah Itu Haram Biro Narkotik Pusat (CNB), dalam usaha membawa keceriaan dan memberikan sokongan emosi kepada anak-anak pesalah dadah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg