Premium
Pemberian zakat beri kesan positif
May 19, 2020 | 5:30 AM
TERIMA BANTUAN: Encik Mohd Saad Atan (kanan), bersama pegawai pembangunan sosial Masjid Assyakirin. Gambar ini diambil pada 26 Februari lalu. - Foto MUIS -
SUDAH lebih empat dekad, Encik Mohd Saad Atan, 66 tahun, mengalami penyakit osteomielitis kronik, sejenis jangkitan di bahagian tulang dan merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku tetapi serius.
Jangkitan di tulang boleh berlaku apabila kuman, biasanya bakteria, merebak ke tisu tulang atau saluran darah. Retak pada tulang atau pembedahan terbuka juga boleh mendedahkan tulang kepada jangkitan.

