WARGA Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang mempunyai akaun SingPass akan menerima pemberitahuan digital daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkenaan hal berkaitan kad pengenalan peribadi dan pasport bermula 1 September.

Pemberitahuan sedemikian akan dihantar melalui aplikasi SingPass Mobile atau sebagai kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon bimbit yang didaftar pada akaun SingPass tersebut, kata ICA.