SEORANG wanita yang berjaya membuat bidaan bagi sebuah gerai di Pusat Makanan Chomp Chomp di Serangoon Gardens dengan sewa bulanan lebih $10,000, yang tertinggi sejak tiga tahun lalu, telah berubah hati dan mengakhiri perjanjian itu.

Cik Lim Ah Ber menamatkan perjanjian sewa bagi gerai itu pada hari sama beliau menandatanganinya, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) kelmarin.