Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembikin filem 'Kejar' tak sangka PM tonton

Aug 30, 2021 | 5:30 AM
BANGGA FILEM DIIKTIRAF: Encik Muhammad Ruzhael berasa filem beliau 'Kejar' mendapat pengiktirafan dari Perdana Menteri Lee Hsien Loong. - Foto ITE
BANGGA FILEM DIIKTIRAF: Encik Muhammad Ruzhael berasa filem beliau 'Kejar' mendapat pengiktirafan dari Perdana Menteri Lee Hsien Loong. - Foto ITE -

ENCIK Muhammad Ruzhael Marwazi teruja apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengongsi karyanya - 'Kejar' - pada Rapat Hari Kebangsaan semalam, kerana ia antara filem pendek beliau yang dekat dengan hatinya.

Ia detik membanggakan Encik Ruzhael, 20 tahun, yang berasa penat lelah dan pengorbanannya menghasilkan filem mengenai pengalamannya sebagai pekerja penghantaran makanan amat berbaloi.

"Saya tidak pernah membayangkan filem pendek saya ini mendapat perhatian luas, hingga ditonton Encik Lee," kata pelajar tahun kedua Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu.

Filem itu menonjolkan kehidupan seharian seorang pekerja penghantaran makanan, mencari rezeki bagi membantu menyara belanja rawatan ibunya.

Ia antara penyertaan pertandingan filem pendek Anugerah Pembikin Filem ciNE65 (ciNE65 MMA).

Encik Lee menekankan peri perlu menyediakan perlindungan bagi pekerja penghantaran agar masa depan mereka lebih terjamin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg