Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembocoran data Goldheart jejas 42,000 pelanggan

Jun 6, 2023 | 3:08 PM
PEMBOCORAN DATA: Data yang dibocor melibatkan nama pelanggan, alamat, emel, tarikh lahir dan nombor telefon.
PEMBOCORAN DATA: Data yang dibocor melibatkan nama pelanggan, alamat, emel, tarikh lahir dan nombor telefon. - Foto fail

RANGKAIAN barang kemas Aspial Lifestyle, Goldheart, mendedahkan bahawa data hampir 42,000 pelanggan e-dagangnya telah bocor pada Isnin.

Data tersebut melibatkan nama pelanggan, alamat, e-mel, tarikh lahir dan nombor telefon.

Namun, data kewangan seperti maklumat kad kredit serta kata laluan tidak diakses.

Dalam satu pemfailan bursa, Goldheart berkata analisis forensiknya setakat ini telah mengesahkan laman web e-dagangnya menjadi sasaran aktiviti haram dan mencurigakan daripada “pihak luar” yang tidak dikenal pasti.

Akses secara haram itu dikesan pada 24 Mei.

Berikutan itu, Goldheart berkata pasukannya segera melancarkan siasatan menyeluruh, yang kemudiannya mendapati maklumat peribadi pelanggannya yang mengakses lamannya sebelum November 2022 telah dibocorkan.

Goldheart berkata langkah untuk mengatasi pencerobohan itu telah diambil.

Ini termasuk menggantung laman web e-dagangnya, melindungi sistemnya dan bekerjasama dengan pakar keselamatan siber serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Syarikat itu juga telah memberitahu semua pelanggan yang terjejas mengenai kejadian itu, memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Goldheart mengatakan terdapat risiko aktiviti penipuan yang rendah bagi mereka yang terjejas disebabkan sifat data yang terjejas.

“Selain itu, kami telah meminta semua pelanggan yang terjejas untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu, termasuk memastikan bahawa e-mel yang diterima adalah daripada pengirim yang sah dan menyemak pautan e-mel dengan teliti,” kata Goldheart sambil menambah bahawa pihaknya mengambil kejadian itu dengan serius.

Sebelum pengumuman tersebut pada Isnin, saham Aspial Lifestyle ditutup pada $0.141 atau 0.7 peratus lebih rendah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg