Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembukaan semula 7 NPP ditangguh ekoran ubah suai tergendala

Aug 31, 2023 | 4:31 PM
PEMBUKAAN DITANGGUH: Tujuh NPP yang terjejas ialah NPP Clementi, Dover, Thomson, Aljunied, Paya Lebar, Bedok dan Changkat.
PEMBUKAAN DITANGGUH: Tujuh NPP yang terjejas ialah NPP Clementi, Dover, Thomson, Aljunied, Paya Lebar, Bedok dan Changkat. - Foto ST

Pembukaan semula tujuh Pondok Polis Kejiranan (NPP) akan ditangguhkan selama dua bulan, berikutan kerja-kerja ubah elok yang tergendala menjejas peralatan utama, kata polis.

NPP yang terjejas ialah NPP Clementi, Dover, Thomson, Aljunied, Paya Lebar, Bedok dan Changkat.

Kesemua NPP ini, yang ditutup untuk ubah elok pada September 2022, akan dibuka semula pada November dan bukan September.

Penangguhan ini berpunca daripada kerja-kerja yang tergendala yang menjejas peralatan utama menyediakan perkhidmatan polis automatik seperti kiosk bantu diri untuk melaporkan jenayah dan khidmat layan diri untuk memulangkan barangan yang ditemui, kata polis dalam pos Facebook pada Rabu.

Mereka yang memerlukan perkhidmatan polis semasa tempoh ubah elok dinasihatkan untuk ke NPP yang berdekatan atau ke Pusat Polis Kejiranan (NPC).

Bagi kes bukan kecemasan, penduduk juga boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Polis dalam talian di laman police.gov.sg/e-services.

Penduduk yang memerlukan bantuan polis segera boleh menghubungi talian 999.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg