Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemegang biasiswa SAF antara korban nahas di Arizona

Dec 28, 2017 | 3:31 PM
PELAJAR TERBAIK SEKOLAH DUNMAN: Encik Yeo, seorang penuntut tahun kedua di Universiti California, Berkeley, sedang bercuti bersama ibu bapa dan adik perempuannya, yang datang mengunjungi beliau dan saudara-mara lain yang menetap di Amerika.
PELAJAR TERBAIK SEKOLAH DUNMAN: Encik Yeo, seorang penuntut tahun kedua di Universiti California, Berkeley, sedang bercuti bersama ibu bapa dan adik perempuannya, yang datang mengunjungi beliau dan saudara-mara lain yang menetap di Amerika. - - Foto FACEBOOK JUSTIN YEO

SALAH seorang mangsa kemalangan kereta di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu telah dikenal pasti sebagai pemegang biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Justin Yeo Jun Xi, lapor The Straits Times (ST).

Encik Yeo, 22 tahun, seorang penuntut tahun kedua di Universiti California, Berkeley, sedang bercuti bersama ibu bapa dan adik perempuannya, yang datang mengunjungi beliau dan saudara-mara lain yang menetap di Amerika.

Keluarga itu dalam perjalanan ke utara menuju Grand Canyon apabila kereta Hyundai yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van Dodge berwarna hijau.

Encik Yeo sedang memandu kereta itu semasa kejadian berlaku.

Adik beliau, Cik Justlyn Yeo Jing Hui, 19 tahun, terselamat dalam kemalangan itu manakala Encik Yeo dan ibu bapanya - Encik Yeo Heng Soon, 62 tahun, dan Cik Chua Cher Hwee, 56 tahun - disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Encik Yeo antara lulusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' terbaik dari Sekolah Tinggi Dunman pada 2013 dan menerima Biasiswa Merit SAF pada 2015.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg