Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemeriksaan keselamatan lebih ketat di stesen Newton DTL

Feb 4, 2018 | 5:54 PM
PEMERIKSAAN LEBIH KETAT: Penumpang meletak barangan mereka termasuk beg dan telefon bimbit untuk diimbas menggunakan mesin X-ray sebagai sebahagian satu latihan persiapan kecemasan di stesen Newton tadi.
PEMERIKSAAN LEBIH KETAT: Penumpang meletak barangan mereka termasuk beg dan telefon bimbit untuk diimbas menggunakan mesin X-ray sebagai sebahagian satu latihan persiapan kecemasan di stesen Newton tadi. - Foto LIN ZHAOWEI

BAGI penumpang yang menaiki kereta api di Laluan Downtown (DTL) menerusi stesen Newton hari ini, mereka perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat berbanding biasa.

Beg dan barangan mereka diimbas menggunakan mesin X-ray dan mereka juga perlu berjalan antara pengesan logam sebelum tiba di pagar tambang dan meneruskan perjalanan mereka.

Sewaktu Berita Harian mengunjungi stesen itu tengah hari tadi, orang ramai dilihat perlu beratur kurang lima minit untuk menunggu giliran menjalani pemeriksaan keselamatan.

Pemeriksaan itu adalah sebahagian daripada latihan Exercise Station Guard 2018 yang dikendalikan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit.

Ia berlangsung dari 10 pagi hingga 6 petang.

Latihan itu bertujuan mengesahkan langkah keselamatan dan rancangan pelaksanaan darat SBS Transit di pusat pengangkutan awam semasa berlaku ancaman keselamatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg